Blogger Layouts

Tuesday, 20 December 2011

money money money





aku bukak topik duit arini sbb duit nih la buat aku jadi gila , bru je dpt elaun da keluar mcm air haaa..so,aku share la skit cara nak jimat duit,tapi tips no(2) tu aku kurang minat..my prinsip tak suke brg second :D

so,silalah turut perintah membaca 

1.Beli brg pada harga borong /pukal/galenikal

Beli barang secara pukal / harga borong d Mydin,Carrefour,Tesco,Econsave,Giant or mane2 pasaraya bg produk2 spt tisu,pampers,alat tulis,makanan sejuk beku /dalam tin dan sebagainya dgn lebih murah.Kalo beli di kedai runcit biasa memang boleh tapi rugilah sbb tak dapat nak jimat lebih sikit berbanding di pasaraya besar yang memang menyediakan banyak manfaat . Jadilah pengguna yg bijak ! :)


2.Beli brg second hand / lelong

Contohnya seperti beli buku second hand di paylessbook dekat
Carrefour Subang Jaya atau memana tempat yang harganya kurang dari separuh. Saya pernah beli majalah luar negara dengan harga yang jauh
lebih murah, isi kandungannya lebih penting walaupun dah second hand tapi ia tetap mendatangkan pulangan yang lebih baik. Namun begitu anda juga boleh beli di mana-mana web lelong yang menawarkan jualan buku
second hand termasuklah di www.lelong.com.my
Lain-lain barang lelong juga boleh dipertimbangkan, misalnya kerusi, meja atau barangan bukan elektrik. Kalo mcm laptop, pda, phone tu
boleh cuba asalkan masih ada warranty dan kualiti masih ok. Memang banyak kelemahan kalo beli barangan elektronik second hand but kene
berhati-hati dan teliti.

3. Musim Promosi & Megasale

Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so pada waktu tersebut banyak tawaran yang cukup murah seperti pakaian di Sogo, Kamdar etc.. Anda boleh ambil kesempatan ni beli pakaian atau barangan pada musim
promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda.
Saya pernah beli satu set meja tulis dan kabinet yang mana harganya kini sudah meningkat 2 kali ganda selepas tamat tempoh bulan kemerdekaan Malaysia. Ia cukup berbaloi kerana kualiti bagus harga pula jauh lebih murah pada waktu promosi.